Saturday, 4 January 2014
Thursday, 2 January 2014
Latar Belakang HIDS
Dalam tahun- tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang kepentingan diadakan satu sistem pendidikan yang baru bagi menggantikan sisitem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahirnya satu sistem pendidikan iaitu dasar pendidikan kebangsaan melalui penyata razak pada tahun 1956 dan dimaktubkan dalam ordinan pelajaran pada tahun 1957, Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib, Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan di dalam Akta Pelajaran 1961.
Selepas itu,wujudnya sebuah Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memnuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan pada tahun 1979.
Subscribe to:
Posts (Atom)